awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat video lelaki pukul wanita

Bernama
Bernama
28/01/2023
09:35 MYT
Polis siasat video lelaki pukul wanita
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu telah dimuat naik di Facebook pada Khamis lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA
GUA MUSANG: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung klip video kejadian seorang lelaki memukul seorang wanita yang didakwa berlaku di daerah ini agar tampil bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu telah dimuat naik di Facebook pada Khamis lepas.
Bagaimanapun, katanya hingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut.
"Hasil siasatan polis, kejadian itu dikatakan berlaku di Lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang dekat Paloh 2, di sini, namun tiada kepastian.
"Tarikh dan masa kejadian juga tidak dikenal pasti," katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Sik berkata semua Ketua Polis Balai diarah untuk mengesan suspek berdasarkan individu dan tempat kejadian dalam video itu.
Terdahulu, tular rakaman video menunjukkan seorang wanita hanya menahan kesakitan dan tidak melawan apabila dimarahi, ditampar serta dipukul dengan topi keledar oleh seorang lelaki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#klip video
#lelaki pukul wanita
#Polis Daerah Gua Musang
#Siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan