awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid
SPRM mahu DPA dibawa ke Parlimen segera, perkukuh usaha jejak aset jenayah
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat video tular kes buli sekolah menengah di Ranau

Bernama
Bernama
02/09/2023
08:44 MYT
Polis siasat video tular kes buli sekolah menengah di Ranau
Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menyalurkannya kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
RANAU: Polis menyiasat satu video yang tular menerusi media sosial memaparkan kejadian buli melibatkan pelajar dipercayai dari sebuah sekolah menengah di Ranau.
Ketua Polis Daerah Ranau DSP Simiun Lomudin berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes berkenaan pada 3.26 petang semalam dan siasatan sedang dijalankan untuk memastikan tindakan dari sudut perundangan dilaksanakan.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video itu dan digesa supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengaibkan mana-mana individu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Simiun berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menyalurkannya kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau bagi membantu siasatan.
Terdahulu, video berdurasi 5 minit 34 saat itu menunjukkan beberapa pelajar dibuli sekumpulan pelajar lain sehingga tular menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial antaranya Facebook yang mengundang kemarahan netizen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes buli
#Ranau
#video tular
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan