KUALA LUMPUR: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan 1 Mei 2023 dan sidang media gimik pelancaran Gerakan Rakyat yang diadakan di dua lokasi di ibu negara antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata perhimpunan di hadapan Bangunan Maju Junction menyaksikan sekumpulan peserta berarak melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak ke Jalan Leboh Ampang, dan satu lagi perhimpunan diadakan di sekitar Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Beliau berkata hasil pemerhatian polis mendapati kira-kira 200 orang menyertai perhimpunan di hadapan Bangunan Maju Junction, manakala kira-kira 30 orang lagi terbabit dalam perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo di sini.
"Berikutan itu, polis membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan penganjur kedua-dua perhimpunan itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan yang dijalankan dalam masa terdekat.
"Kertas siasatan ini akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Dellhan turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang bagi mengelak dikenakan tindakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2023
Noor Dellhan menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang bagi mengelak dikenakan tindakan. - Gambar Facebook Polis Dang Wangi
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Polis sisat perhimpunan 1 Mei, gimik pelancaran Gerakan Rakyat
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan 1 Mei 2023 dan sidang media gimik pelancaran Gerakan Rakyat yang diadakan di dua lokasi di ibu negara antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari.