awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis SPU nafi bersekongkol dengan aktiviti penjualan dadah di Ujung Batu

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
08/08/2019
07:56 MYT
Polis SPU nafi bersekongkol dengan aktiviti penjualan dadah di Ujung Batu
Pihak polis sentiasa melakukan operasi serta menahan mereka yang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di seluruh daerah itu termasuk di kawasan perumahan tersebut. - Foto PDRM
Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) menafikan dakwaan penglibatan anggota mereka dalam melindungi serta bersekongkol dengan aktiviti penjualan dadah secara terbuka di kawasan perumahan kampung Ujung Batu, Butterworth.
Ketua Polis SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya sentiasa melakukan operasi serta menahan mereka yang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di seluruh daerah itu termasuk di kawasan perumahan tersebut.
Dalam operasi terbaru dikawasan kampung berkenaan, pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah SPU bersama pasukan Narkotik IPK Pulau Pinang berjaya menahan seramai 17 individu atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.
Kesemua mereka ditahan bersangkut kes dibawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya (ADB )1952, Seksyen 15 (1) ADB 1952.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah jenis Heroin dan Syabu.
Mengulas lanjut,Noorzainy berkata, sejak Januari hingga Julai, polis telah menahan seramai 116 orang terlibat kegiatan dadah di kawasan Kampung Ujung Batu dan sebanyak 83 kes menurut Akta Dadah Berbahaya 1952 telah di buka serta di siasat.
Malah sepanjang tempoh sama pihaknya turut merampas syabu 35.08 gram(g) dan 304.56 gram heroin yang kesemuanya bernilai RM4,500
Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa kegiatan penjualan dadah di Kampung Ujung Batu di jalankan secara terbuka malah polis turut bersekongkol dan melingdungi pengedar, penjual serta pembeli bahan terlarang berkenaan.
Sehubungan, itu pihaknya turut meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat kegiatan jual beli dadah serta penagihan ke talian hotline 012-2087222 yang beroperasi 24 jam.
Katanya, maklumat boleh di hantar beserta gambar, lokasi dan kegiatan dadah melalui aplikasi WhatsApp untuk tindakan susulan.
Tegasnya,pemberi maklumat tidak perlu bimbang terhadap keselamatan diri kerana semua butir maklumat yang disalurkan akan dirahsiakan.
Topic Berkaitan
#Dadah
#jenayah
#keselamatan
#Narkotik Pulau Pinang
#polis
#Seberang Perai
#siasatan
#Syabu
#Ujung Batu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan