MALAYSIA
Polis Subang Jaya giat kesan anggota dilaporkan hilang sejak Khamis
Mohd Fadhil Mohamed kali terakhir dilihat meninggalkan kediamannya pada 15 Okt dengan memandu kereta Proton Saga hitam. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh ahli keluarga sejak 15 Oktober lalu.
Ringkasan AI
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, laporan kehilangan individu berkenaan diterima pada Khamis lalu sekitar jam 9.15 malam.
"Mangsa, Mohd Fadhil Mohamed @ Ahadiah, berusia 40 tahun, kali terakhir dilihat berada di kediamannya di Kuarters IPD Subang Jaya.
"Difahamkan, beliau dipercayai telah keluar memandu kereta jenis Proton Saga berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WC 8024 K," katanya menerusi kenyataan media pada Ahad.
Wan Azlan berkata, sejak itu, ahli keluarga gagal menghubungi mangsa, sekali gus menimbulkan kebimbangan dan mendorong laporan kehilangan dibuat.
Usaha mengesan lokasi mangsa sedang dijalankan pihak polis termasuk melalui pemantauan kenderaan dan semakan lokasi terakhir yang diketahui.
"Pihak berkuasa turut mendapatkan bantuan unit siasatan khas bagi mempercepat usaha pencarian.
"Untuk maklumat mangsa mempunyai ketinggian kira-kira 167 sentimeter dan berat badan sekitar 85 kilogram," katanya.
Ciri fizikal lain yang dikenal pasti termasuk berkulit gelap, berambut pendek, berhidung lebar, mata sepet dan bermulut tebal.
Polis menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kehilangan mangsa untuk tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau 03-7862 7100.
Wan Azlan berkata, segala maklumat yang diterima akan dirahsiakan dan disiasat dengan teliti demi keselamatan mangsa serta kesejahteraan keluarganya.
Ringkasan AI
- Seorang anggota polis, Mohd Fadhil Mohamed @ Ahadiah, 40 tahun, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di kuarters IPD Subang Jaya pada 15 Oktober lalu.
- Laporan kehilangan dibuat oleh ahli keluarga pada 16 Oktober selepas beliau gagal dikesan; kali terakhir dilihat memandu Proton Saga hitam bernombor pendaftaran WC8024K.
- Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada IPD Subang Jaya atau Sarjan Mohd Suhaimi Ibrahim bagi membantu siasatan kehilangan tersebut.