awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 30 individu dalam Op Dadu di Jalan Tun Razak

Bernama
Bernama
28/05/2025
12:30 MYT
Polis tahan 30 individu dalam Op Dadu di Jalan Tun Razak
Polis menahan 30 individu dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Jalan Tun Razak, hari ini kerana disyaki terlibat aktiviti pusat panggilan perjudian dalam talian. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan 30 individu termasuk seorang warga China dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Jalan Tun Razak, di sini hari ini kerana disyaki terlibat aktiviti pusat panggilan perjudian dalam talian.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata serbuan menerusi Op Dadu pada 11.30 pagi itu dijalankan sepasukan polis Bahagian Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju dan D7 Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.
Beliau berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada 23 lelaki dan enam wanita tempatan serta seorang warga China, berumur lingkungan 20 hingga 27 tahun dengan kesemua mereka bertindak sebagai pekerja di pusat panggilan terbabit.
"Polis turut merampas beberapa barangan yang digunakan untuk melakukan perjudian antaranya 30 monitor komputer berserta tetikus dan papan kekunci jenama HP, 60 telefon bimbit, sekeping kad akses, dua router dan satu jalur lebar mesh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rusdi berkata modus operandi sindiket itu adalah dengan mempromosikan judi dalam talian kepada warga China dan percaya sindiket itu sudah beroperasi selama dua bulan serta didalangi seorang lelaki warga China yang masih bebas.
"Kesemua ditangkap dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk proses dokumentasi dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Kuala Lumpur
#Op Dadu
#Jalan Tun Razak
#pusat panggilan perjudian dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan