awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 46 ejen 'bookie' judi Piala Dunia Qatar

Bernama
Bernama
07/12/2022
09:06 MYT
Polis tahan 46 ejen 'bookie' judi Piala Dunia Qatar
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua lelaki berusia antara 18 hingga 72 tahun itu ditahan dalam 45 serbuan yang dilakukan sejak 21 Nov lepas. - Gambar/ BERNAMA
JOHOR BAHRU: Polis menahan 46 lelaki dipercayai ejen bookie perjudian bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 dengan nilai had kredit taruhan mencecah RM6.317 juta menerusi Op Soga IX di seluruh Johor setakat semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua lelaki berusia antara 18 hingga 72 tahun itu ditahan dalam 45 serbuan yang dilakukan sejak 21 Nov lepas.
"Polis turut merampas wang tunai RM34,303, dolar Singapura SGD$500, 48 telefon bimbit berserta kad sim dan sebuah buku catatan pertaruhan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kejayaan operasi itu adalah berdasarkan hasil risikan serta maklumat yang disalurkan daripada orang awam.
Katanya kesemua lelaki berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 6 (3), Seksyen 6 (1) dan Seksyen 4 (1) (d) Akta Pertaruhan 1953.
Kamarul Zaman berkata fokus utama Op Soga IX adalah untuk mencegah dan membanteras kegiatan pertaruhan sempena kejohanan Piala Dunia bagi memberkas individu yang bertindak sebagai bookie atau 'punter' selain menyerbu tempat yang dijadikan lokasi perjudian.
Beliau menyeru semua pihak supaya menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan perjudian ke balai polis berhampiran atau bilik gerakan polis Johor di talian 07-221 2999 atau 07-225 4677.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#piala dunia qatar
#bookie judi
#PDRM
#judi bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan