awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 5 suspek remaja kes samun dan tikam, tidak sampai 3 jam selepas kejadian

Bernama
Bernama
15/05/2019
01:09 MYT
Polis tahan 5 suspek remaja kes samun dan tikam, tidak sampai 3 jam selepas kejadian
Polis percaya motif kejadian disebabkan masalah hutang antara lelaki itu dan salah seorang suspek. - Foto Bernama
Polis berjaya menahan lima suspek tidak sampai tiga jam selepas mereka disyaki menyerang dan menikam seorang lelaki dalam satu kes samun di sebuah rumah di Lebuhraya Pinggiran, Batu Caves, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Samsor Maarof berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam semasa lelaki yang keseorangan di rumahnya itu didatangi suspek.
Beliau berkata ketika bergelut dengan salah seorang suspek, lelaki itu ditikam di bahagian badan, manakala barangan peribadi miliknya seperti seutas rantai leher, sebuah telefon bimbit serta kunci kereta dilarikan.
Polis percaya motif kejadian disebabkan masalah hutang antara lelaki itu dan salah seorang suspek. - Foto Bernama
Polis percaya motif kejadian disebabkan masalah hutang antara lelaki itu dan salah seorang suspek. - Foto Bernama
"Lelaki itu kini dalam keadaan stabil di Hospital Selayang, kelima-lima suspek yang dalam lingkungan umur antara 16 dan 22 tahun itu berjaya ditahan di sekitar Raub, Pahang pada kira-kira pukul 11 malam, dan akan direman di Mahkamah Majistret Selayang pada Rabu," katanya dan menambah barangan yang disamun juga berjaya ditemui semula.
Samsor berkata polis percaya motif kejadian disebabkan masalah hutang antara lelaki itu dan salah seorang suspek, dan menurutnya kes sedang disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ketika samun.
Topic Berkaitan
#Batu Caves
#Hospital Selayang
#Lebuhraya Pinggiran
#samun
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan