awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 53 penagih dalam lapan serbuan

Bernama
Bernama
26/10/2021
20:41 MYT
Polis tahan 53 penagih dalam lapan serbuan
Kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 50 tahun itu ditahan dalam operasi lapan jam. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang pengedar dadah, serta 52 penagih termasuk 10 wanita dalam serbuan di lapan lokasi di bawah Ops Sarang Khas di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah SPT, ACP Shafee Abd Samad berkata kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 50 tahun itu ditahan dalam operasi lapan jam bermula pukul 10 pagi di lokasi yang menjadi tumpuan atau 'port' penagih.
Beliau berkata ujian mendapati semua yang ditahan adalah positif dadah, malah semasa ditahan ada antara mereka yang berada dalam keadaan khayal.
"Selain itu, kami turut menahan enam lelaki di sebuah rumah di Bukit Indera Muda yang sedang leka membungkus dadah, dan polis merampas 31 paket heroin seberat 44.06 gram (g), serta lima paket methamphetamine (5.70 g), dan 3.48 g kanabis. Kesemua dadah itu bernilai RM2,353," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya semua mereka kini direman bagi membantu siasatan menurut pelbagai seksyen di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengedar dadah
#penagih
#Ops Sarang Khas
#Shafee Abd Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan