awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 690 'bookie' sepanjang Piala Dunia Qatar

Bernama
Bernama
23/12/2022
04:04 MYT
Polis tahan 690 'bookie' sepanjang Piala Dunia Qatar
Kesemua tangkapan membabitkan 'bookie' atau 'punter' dan disiasat di bawah Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - Fail/PDRM
KUALA LUMPUR: Polis menahan 690 individu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dan pertaruhan berkaitan kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 sepanjang Op Saga IX yang bermula 19 Nov hingga Rabu lepas.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Saaduddin berkata kesemua tangkapan membabitkan 'bookie' atau 'punter' dan disiasat di bawah Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Sepanjang tempoh sama, beliau berkata sebanyak 530 kertas siasatan dibuka dan daripada jumlah itu 202 kertas siasatan berjaya dituduh dengan 87 telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, manakala 328 kertas siasatan masih dalam tindakan.
Menurutnya Selangor merekodkan jumlah tertinggi tangkapan iaitu 179 individu diikuti Kuala Lumpur (142), Johor (59), Negeri Sembilan (57), Sarawak (54), Pulau Pinang (43), Sabah (41), Kedah (32), Melaka (27), Pahang (18), Perak (17), Terengganu (11), Perlis (enam) dan Kelantan (empat).
Beliau berkata hasil rampasan antaranya meliputi nilai had kredit dalam perisian sebanyak RM22.3 juta, wang tunai RM518,563, telefon bimbit (817), kad sim (386 keping), komputer (74) dan komputer riba (47).
"PDRM berharap masyarakat dapat menyalurkan maklumat berkaitan perjudian yang berlaku di sekeliling mereka melalui hotline perjudian di talian 016-5773477," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#bookie
#perjudian
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan