awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan ahli kumpulan kongsi gelap, potong kek hari jadi guna pedang samurai

Bernama
Bernama
14/08/2021
09:37 MYT
Polis tahan ahli kumpulan kongsi gelap, potong kek hari jadi guna pedang samurai
Polis berkata, kelima-lima suspek yang berusia lingkungan 17 hingga 24 tahun, dengan tiga daripada mereka mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.
SHAH ALAM: Polis menahan lima lelaki menerusi tiga serbuan berasingan pada lewat malam Rabu lepas, susulan satu video yang dimuat naik di Facebook memaparkan majlis sambutan hari jadi, yang berunsurkan aktiviti kongsi gelap.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata, menerusi video berdurasi selama 30 saat yang dikesan pihaknya itu, polis mengesyaki kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di kawasan Batu 10 Jalan Kapar, Klang dekat sini.
"Turut dikesan dari hasil pemerhatian dalam video tersebut terdapat logo atau lambang dipercayai dari sebuah kumpulan kongsi gelap (Geng 08), yang telah diwartakan sebagai pertubuhan haram di bawah kesalahan Akta Pertubuhan 1966," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya rakaman video tersebut juga memaparkan, sekumpulan lelaki yang telah melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan 2021, iaitu gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Nurulhuda berkata kelima-lima suspek yang berusia lingkungan 17 hingga 24 tahun, dengan tiga daripada mereka mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan, kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit yang boleh membahayakan nyawa.
Nurulhuda berkata kesemua suspek direman selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#PDRM
#kongsi gelap
#potong kek
#pedang
#Samurai
#Geng 08
#pertubuhan haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan