awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan bapa tiri disyaki rogol remaja 15 tahun

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
29/11/2024
02:30 MYT
Polis tahan bapa tiri disyaki rogol remaja 15 tahun
Suspek ketika ditahan polis pada Khamis. - Foto PDRM
TAWAU: Seorang lelaki warga asing berusia 35 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes rogol anak tiri berusia 15 tahun di Kalabakan pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, perbuatan suspek itu terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada ibu saudaranya sebelum tampil membuat laporan polis.
Katanya, mangsa sebelum itu mengadu sakit perut dan telah dihantar ibu saudaranya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tawau, pagi Selasa lalu.
Menurut beliau, mangsa telah menceritakan perbuatan terkutuk itu kepada ibu saudaranya setelah pihak Hospital memaklumkan tahap kesihatan mangsa kepadanya.
"Berdasarkan siasatan awal, perbuatan tersebut berlaku sejak mangsa yang berusia 11 tahun sehingga yang terbaharu pada bulan lalu di rumahnya," katanya.
Sementara itu, sepasukan polis dari Balai Polis Kalabakan yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Kalabakan telah memberkas lelaki itu pada jam 12.30 tengahari.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959.
Pihak polis menyeru kepada orang ramai agar memainkan peranan dan melaporkan sebarang tanda-tanda penderaan seksual bagi melindungi golongan yang lemah, terutama kanak-kanak dan remaja, daripada menjadi mangsa keganasan seksual.
Topic Berkaitan
#bapa tiri
#rogol
#remaja
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan