awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu

Bernama
Bernama
04/01/2025
08:00 MYT
Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang buruh binaan warganegara Bangladesh ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita di sebuah hotel di Taman Mawar, Puchong pada 31 Dis lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang buruh binaan warganegara Bangladesh ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita di sebuah hotel di Taman Mawar, Puchong pada 31 Disember lepas.
  • Lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya dan mengaku membunuh kerana cemburu; direman hingga 10 Januari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Polis menerima laporan penemuan mayat seorang wanita warganegara Indonesia berusia 39 tahun dalam keadaan berlumuran darah di hotel berkenaan pada 10.15 malam, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.
"Siasatan awal mendapati lelaki itu merupakan kenalan mangsa dan mengaku membunuh kerana cemburu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Anbalagan berkata lelaki terbabit direman hingga 10 Jan ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Polis menerima laporan berhubung penemuan mayat seorang wanita warganegara Indonesia berusia 39 tahun dalam keadaan berlumuran darah di hotel berkenaan pada 10.15 malam, Selasa lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#buruh binaan
#Taman Mawar
#bunuh wanita di hotel
#cemburu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan