awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dalang sindiket seludup dadah bernilai lebih RM160,000

Bernama
Bernama
29/10/2024
14:15 MYT
Polis tahan dalang sindiket seludup dadah bernilai lebih RM160,000
Zainol berkata siasatan awal mendapati warga Indonesia itu merupakan sebahagian rangkaian penyeludupan dan pengedaran dadah di negeri ini yang bergerak aktif sejak pertengahan September. - Gambar fail/Polis Melaka
MELAKA: Seorang buruh warga Indonesia dipercayai dalang sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah menerusi jalan laut ditahan menerusi Op Tapis, semalam.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira 5.50 pagi, ketika cuba menyeludup keluar dadah jenis syabu bernilai RM161,696 di pesisir pantai di Kota Syahbandar di sini.
"Ketika ditahan, suspek dipercayai dalam percubaan menyeludup dadah disyaki syabu itu yang diperoleh dari selatan Thailand ke Indonesia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata syabu dirampas dengan anggaran berat 5,053 gram itu diisi dalam lima paket lutsinar yang ditemukan di dalam beg galas dibawa suspek.
Zainol berkata siasatan awal mendapati warga Indonesia itu merupakan sebahagian rangkaian penyeludupan dan pengedaran dadah di negeri ini yang bergerak aktif sejak pertengahan September.
"Dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 25,265 penagih dadah dan ujian air kencing dijalankan terhadap lelaki itu adalah negatif serta tidak mempunyai rekod jenayah.
"Suspek direman selama tujuh hari hingga 3 Nov depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Tapis
#Syabu
#buruh
#warga Indonsia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan