Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' ditahan Selasa lepas kerana dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan penjualan darjah kebesaran negeri Kedah dengan harga RM71,200 pada 2014.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Yusoff Mamat berkata lelaki warga tempatan berumur 33 tahun dan beralamat terakhir di Bandar Sungai Long, Kajang dekat sini, diberkas di sekitar Damansara.
"Suspek ditahan atas laporan seorang ahli perniagaan warga Bangladesh yang mendakwa beliau dan anaknya ditipu lelaki berkenaan yang berjanji mendapatkan gelaran 'Datuk Seri' dan 'Datuk' masing-masing kepada mereka dengan jumlah bayaran tersebut," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Mohd Yusoff berkata suspek menawarkan mangsa, 57, dan anak lelakinya, 28, untuk membeli gelaran darjah kebesaran Kedah itu setelah mereka berkenalan menerusi internet sekitar 2014 atas urusan jual beli sebuah kereta mewah.
Beliau berkata kegiatan yang dilakukan suspek antara 2014 dan 2015 itu turut menyebabkan mangsa kerugian RM164,200 kerana ditipu dalam urusan pembelian kereta mewah jenis BMW630i daripadanya.
Mohd Yusoff berkata perbuatan penipuan suspek itu mengakibatkan mangsa mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM235,000 dan suspek kini direman untuk membantu siasatan kes itu.
Bernama
Fri Jan 22 2016
Suspek ditahan atas laporan seorang ahli perniagaan warga Bangladesh yang mendakwa beliau ditipu lelaki berkenaan yang berjanji mendapatkan gelaran 'Datuk Seri' untuknya. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Seorang 'Datuk' dicari, tipu wanita lebih RM100,000
Tiga individu kerugian lebih RM100,000 manakala seorang lagi nyaris ditipu ekoran terpedaya dengan perwatakan baik dan lembut seorang lelaki bergelar 'Datuk'.