NATIONAL
Polis tahan dua individu bergaduh dengan pemandu lori di jalan raya
Polis menahan dua individu di sini semalam yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan dengan seorang pemandu lori di Ulu Tiram, dua hari lepas. - Foto hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menahan dua individu di sini semalam yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan dengan seorang pemandu lori di Ulu Tiram, dua hari lepas.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kedua-dua suspek berumur 18 dan 21 tahun itu ditahan pada 4.30 petang bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan pada 4.30 petang Ahad, dan polis turut merampas sebatang cota yang digunakan untuk mengugut mangsa.
Beliau berkata seorang daripada suspek didapati mempunyai satu rekod kesalahan jenayah, dan kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula hari ini.
"Punca pergaduhan disebabkan pemandu lori menukar haluan secara tiba-tiba dan lewat memberikan lampu isyarat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Sohaimi berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menakutkan secara jenayah.
Kejadian itu mendapat perharian ramai selepas video memaparkan pergaduhan itu berdurasi 44 saat dimuat naik di Facebook dan menjadi tular di media sosial.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Dua lelaki berusia 18 dan 21 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan dengan seorang pemandu lori di Ulu Tiram, Johor.
- Salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah, dan polis turut merampas sebatang cota yang digunakan untuk mengugut mangsa; kedua-duanya direman empat hari.
- Pergaduhan berpunca daripada pertukaran haluan secara tiba-tiba oleh pemandu lori, dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan; insiden menjadi tular selepas video berdurasi 44 saat dimuat naik ke media sosial.