awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki bantu siasatan kes samun, bunuh warga emas

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
02/10/2023
02:45 MYT
Polis tahan dua lelaki bantu siasatan kes samun, bunuh warga emas
Shamsudin berkata kedua-dua mereka akan dipohon reman di Mahkamah Sik hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan. - Astro AWANI
BALING: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki warga emas yang ditemui dengan kesan jerut di leher dan tangan serta kakinya diikat di sebuah rumah di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, semalam.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kedua-dua lelaki berusia 23 dan 25 tahun itu ditahan pada jam 3 pagi tadi di sekitar Kuala Ketil.
Beliau berkata, kedua-dua mereka akan dipohon reman di Mahkamah Sik hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan tangan dan kakinya diikat serta terdapat kesan jerut di leher.
Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam jam 3.21 petang semalam.
Kelibat dua lelaki hanya disedari menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah jiran mangsa ketika kedua suspek hendak keluar dari rumah berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#warga emas
#suspek
#Shamsudin Mamat
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan