JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki dipercayai mengganggu dua wanita sedang menaiki motosikal di Jalan Skudai, Pantai Lido di sini seperti dalam rakaman video yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata berdasarkan siasatan, video kejadian itu dirakam pada 9.42 malam, Rabu lepas.
Beliau berkata dua lelaki berusia lingkungan 20-an yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y16Z dari arah Skudai menghala ke Johor Bahru itu telah mengganggu kedua-dua mangsa sehingga menimbulkan perasaan takut dan trauma.
"Bagaimanapun, dalam kejadian tersebut tiada sebarang kecederaan dialami mangsa. Kedua-dua lelaki berkenaan berjaya dikesan dengan seorang daripadanya disaman atas kesalahan tiada lesen motosikal manakala seorang lagi tidak memakai topi keledar ketika membonceng.
"Mereka telah dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah JBS untuk tindakan lanjut. Siasatan lanjut telah dijalankan, namun tidak terkesan apa-apa perbuatan jenayah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Raub meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam usaha memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di bandar raya ini.
Baru-baru ini tular satu rakaman video berdurasi 29 saat memaparkan dua lelaki bermotosikal mengganggu dua wanita yang sedang menaiki motosikal dan perbuatan mereka turut ditegur oleh pengguna jalan raya yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023

Polis meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam usaha memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di Johor Bahru. - Gambar hiasan

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Tular: Warga emas 'dikasari' anggota MBPJ didakwa Jumaat ini
Seorang lelaki warga emas yang didakwa 'diserang' anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ketika operasi menangkap anjing liar akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini pada J

Polis kesan pasangan suami isteri guna kad ATM milik pesara
Polis sedang mengesan dua individu disyaki pasangan suami isteri dipercayai warga tempatan yang didakwa menggunakan kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik seorang pesara kerajaan baru-baru ini.

Lelaki pukul imam positif dadah
Lelaki yang tular dalam satu video pada Ahad lalu kerana memukul imam jemputan di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 bukan sahaja mempunyai masalah mental, tetapi juga seorang penagih dadah.

Kes bekas pegawai kanan tinggi polis, isteri dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya
Kertas siasatan berhubung kejadian melibatkan seorang bekas pegawai kanan tinggi polis dan isterinya, telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Polis tahan lelaki pamer pistol, gari
Seorang lelaki ditahan selepas videonya tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan tangannya bergari dan memegang senjata api di dalam sebuah kenderaan.

Video tular: 11 lelaki ditahan bergaduh di inap desa
Seramai 11 lelaki warga tempatan ditahan kerana dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah inap desa di Sri Gading, yang menjadi tular hari ini.

Wanita curi duit di kaunter bas ada masalah mental
Polis menyerahkan seorang wanita yang dipercayai memiliki masalah mental ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim pada Khamis, setelah wanita berkenaan ditahan kerana cuba mencuri wang.

Lelaki warga emas ditahan ugut guna batu
Lelaki itu ditahan pada 3 petang Rabu di Balai Polis Sentul selepas membuat laporan mengenai kejadian berkenaan.

Tular: Polis buka 2 kertas siasatan kes buli di sekolah Kota Kinabalu
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian buli di sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu yang berlaku Selasa lalu, yang rakaman video mengenainya menjadi tular.

Guru, netizen perlu elak sebar video pergaduhan di sekolah - Fadhlina
Semua guru serta netizen di negara ini disaran tidak menyebarkan sebarang rakaman video melibatkan insiden pergaduhan di sekolah.