awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki, rampas 50 ekor kambing seludup

Bernama
Bernama
08/01/2022
03:29 MYT
Polis tahan dua lelaki, rampas 50 ekor kambing seludup
Kesemua 50 ekor kambing ini bernilai RM30,000 dan lori dianggarkan bernilai RM15,000 diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan/Bernama
PASIR MAS: Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki cuba menyeludup masuk 50 ekor kambing dari negara jiran di Jalan Repek-Lubok Jong, di sini pada awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dalam kejadian pada pukul 2.50 pagi itu, kedua-dua lelaki yang juga pemandu dan kelindan lori itu dikesan kerana memandu lori dalam keadaan mencurigakan.
"Polis telah mengekori dan berjaya menahan lori itu di tepi jalan Kampung Repek dan pemeriksaan lanjut ke atas lori tersebut, kita menemukan 50 ekor kambing.
"Pemandu lori juga gagal mengemukakan sebarang dokumen permit permindahan haiwan ternakan dan disyaki kambing tersebut diseludup masuk dari negara jiran," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Nasaruddin berkata hasil soal siasat yang dilakukan, suspek mengaku terlibat dengan kegiatan penyeludupan kambing dari negara jiran dah kesemua haiwan itu diangkut dari kawasan tepi sungai Kampung Kubang Pak Hitam, Meranti, di sini, sebelum dihantar ke kandang di Lubok Jong milik seorang lelaki dikenali 'Mie Jawi'.
"Kesemua 50 ekor kambing ini bernilai RM30,000 dan lori dianggarkan bernilai RM15,000 diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut," katanya menambah kedua-dua suspek didapati negatif dadah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seludup
#kambing
#Lori
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan