awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua petugas taska berhubung kes dera kanak-kanak

Bernama
Bernama
11/06/2021
22:58 MYT
Polis tahan dua petugas taska berhubung kes dera kanak-kanak
Arjunaidi berkata penangkapan itu susulan laporan kes penderaan yang diterima daripada ibu seorang kanak-kanak berusia 20 bulan pada hari sama. - Gambar fail
SHAH ALAM: Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak yang dipercayai berlaku di sebuah taska dalam sebuah hospital di Selangor.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata kedua-dua wanita, yang merupakan petugas taska berusia lingkungan 20-an, ditahan pada kira-kira 3 petang Rabu selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.
Beliau berkata penangkapan itu susulan laporan kes penderaan yang diterima daripada ibu seorang kanak-kanak berusia 20 bulan pada hari sama.
"Kanak-kanak itu luka di pipi serta lebam di beberapa bahagian anggota badan. Siasatan lanjut mendapati terdapat seorang lagi kanak-kanak berusia 21 bulan yang menjadi mangsa penderaan di taska sama.
"Mangsa dipercayai telah dipukul di bahagian kaki dan kepala dengan bantal. Kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," menurutnya dalam kenyataan ringkas semalam.
Arjunaidi berkata pihaknya turut merampas sebiji bantal bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Dera Kanak-Kanak | Dua petugas taska ditahan polis
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#dera
#COVID-19
#vaksin
#lebam
#Sepang
#arjunaidi mohamed
#dipukul dengan bantal
#taska
#Hospital
#siasatan
#petugas taska
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan