Skip to main content

Malaysia

Polis tahan dua remaja buat aksi "wheelie"

Seorang penunggang dan pembonceng motosikal ditahan selepas dipercayai melakukan aksi “wheelie” dengan mengangkat tayar hadapan sebanyak dua kali di bandar Jerantut, tengah malam tadi.  - Gambar PDRM
Seorang penunggang dan pembonceng motosikal ditahan selepas dipercayai melakukan aksi “wheelie” dengan mengangkat tayar hadapan sebanyak dua kali di bandar Jerantut, tengah malam tadi. - Gambar PDRM

Advertisement

KUANTAN: Seorang penunggang dan pembonceng motosikal ditahan selepas dipercayai melakukan aksi “wheelie” dengan mengangkat tayar hadapan sebanyak dua kali di bandar Jerantut, tengah malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintenden, Nor Azman Yusof berkata, perbuatan dua remaja lelaki berusia 14 dan 15 tahun itu dikesan pada 12.25 tengah malam ketika polis menjalankan Ops Motosikal di hadapan sebuah pasar raya.

“Perbuatan itu dipercayai boleh membahayakan keselamatan penunggang, pembonceng dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam operasi itu, Nor Azman berkata, sebanyak 42 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melibatkan motosikal di daerah itu.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement