Skip to main content

Malaysia

Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil

KUALA LUMPUR, 29 Jan -- Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar ketika sidang media berkenaan Op Palu sempena Hari Thaipusam di Batu Caves hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Datuk Shazeli Kahar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima satu laporan polis pada 11 Februari daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian berkenaan.

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kejadian merobohkan sebahagian sebuah kuil di kawasan Rawang, pada Selasa (10 Februari).

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima satu laporan polis pada 11 Februari daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian berkenaan.

Advertisement

"Hasil siasatan mendapati sebahagian kuil telah dirobohkan tanpa ada perbincangan dan tiada pemberitahuan kepada pihak berkuasa tempatan dan pengadu sebelum melakukan aktiviti pembersihan tersebut.

"Tangkapan telah dibuat ke atas empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 26 hingga 39 tahun serta rampasan sebuah traktor pertanian (backhoe)," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427/295/504/447 Kanun Keseksaan.

Orang ramai turut diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan ketegangan kaum atau agama serta mengganggu ketenteraman awam.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Gombak Insp Eqhmal Hakimi Zainodin di talian 013-6117371 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan.

Must Watch Video