awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan empat lelaki bantu siasatan kes pukul bapa, anak

Bernama
Bernama
15/08/2022
14:31 MYT
Polis tahan empat lelaki bantu siasatan kes pukul bapa, anak
Polis menahan empat lelaki berkenaan bagi membantu siasatan dan polis juga merampas beberapa peralatan yang digunakan mereka dalam kejadian tersebut. - Gambar hiasan
BALIK PULAU: Polis menahan empat lelaki hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki dan bapanya cedera dipukul sekumpulan suspek di Kampung Pondok Upeh, di sini semalam.
Menurut kenyataan di laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, empat lelaki berusia 18 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar Balik Pulau dalam beberapa serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Barat Daya dan dibantu Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
"Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa di Kampung Pondok Upeh, seorang lelaki telah datang ke rumahnya untuk meminta hutang sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka sehingga suspek bertindak menampar muka mangsa berusia 20-an berkenaan.
"Semasa mangsa cuba menghubungi talian kecemasan 999, telah datang lebih 10 lelaki dan terus memukul dia dan bapanya berumur lingkungan 50-an menggunakan beberapa senjata antaranya kayu, topi keledar dan kerusi besi," katanya di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, ekoran kejadian tersebut polis menahan empat lelaki berkenaan bagi membantu siasatan dan polis juga merampas beberapa peralatan yang digunakan mereka dalam kejadian tersebut.
"Empat lelaki tempatan yang masing-masing bekerja sendiri dan tiada pekerjaan tetap itu akan direman bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.
Kedua-dua anak beranak yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan sedang menerima rawatan di Hospital Balik Pulau dan usaha mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pukul bapa
#kutip hutang
#kes pergaduhan
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan