KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan penjualan rokok seludup dan pinjaman wang tidak berlesen (Ah Long) di negeri ini kata Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan.
Belia berkata keempat-empat lelaki berasal dari Selangor itu, ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Terengganu dalam serbuan di sebuah rumah di sekitar Kuala Terengganu pada pukul 5.30 petang, Rabu lepas.
Beliau berkata, polis turut merampas wang tunai lebih RM86,000 dan 600 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM34,200 dan pemeriksaan lanjut membawa kepada serbuan kedua di sebuah pangsapuri di Kuala Terengganu kira-kira pukul 11 pagi semalam dan turut menemui 26 karton rokok.
"Keempat-empat suspek yang berusia antara 26 hingga 34 tahun direman selama empat hari bermula 18 Ogos lepas," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Wan Rukman berkata suspek mengaku menjalankan aktiviti pinjaman wang sejak awal Mei lalu dan menjadikan peniaga kecil sebagai sasaran bagi menawarkan pinjaman dan siasatan lanjut mendapati suspek yang berusia 26 tahun memiliki empat rekod kesalahan lampau melibatkan kesalahan rumah judi terbuka dan pemberi pinjaman wang.
"Suspek disiasat mengikut dua seksyen iaitu pertama Seksyen 52 Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951. Jika sabit kesalahan hukuman denda tak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
"Manakala Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967, sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali nilai barang atau RM100,000, yang mana lebih besar dan tidak lebih 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022
Keempat-empat suspek yang berusia antara 26 hingga 34 tahun direman selama empat hari bermula 18 Ogos lepas. - Gambar hiasan
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Kegiatan Ah Long masih berleluasa kerana terdapat permintaan daripada masyarakat
Masyarakat juga lebih cenderung memilih Ah Long kerana kesukaran mendapat pinjaman daripada institusi kewangan berlesen.
Penganggur 'dilarikan' parah dipukul suami kekasih
Dia dilarikan tiga lelaki yang bertindak memukul dan mengurungnya di dalam sebuah rumah flat di Mak Mandin, Butterworth pada Khamis.
Empat ahli geng Ah Long disambung reman
Penyambungan reman dilakukan terhadap tiga lelaki dan seorang wanita untuk pihak polis melengkapkan siasatan.
Polis Kedah lakukan siasatan menyeluruh kes tangkapan geng Ah Long
Polis tidak tolak kemungkinan besar empat suspek yang terbabit dengan geng Ah Long yang ditahan di Kulim baru-baru ini ada rangkaian lain.
Ah Long dikesan jual kad ATM RM300
Sindiket pinjaman wang tidak wujud atau Ah Long kini dikesan menjual kad juruwang automatik (ATM) milik peminjam dengan hanya RM300 kepada pihak tertentu bertujuan mengaut keuntungan.
Peminjam ah long lari, jiran kena tanggung padah
Mangsa Chiang Ghee Siew, 55, mendakwa kira-kira pukul 9 pagi Ahad lepas, dia terkejut apabila mendapati terdapat kesan cat warna merah di pintu pagar hadapan dan dinding rumah serta belakang kereta.
Enggan bayar hutang bekas pekerja, pemilik bengkel diganggu 'Ah Long'
Pemilik bengkel cat kereta diganggu lelaki dipercayai 'Ah Long' yang memintanya lunaskan hutang bekas pekerjanya.
Kempen #BolehBincang PTPTN menjadi, kutipan meningkat drastik
Hasil daripada pelbagai inisiatif yang telah dijalankan bagi membantu memudahkan bayaran balik pinjaman, PTPTN berjaya mengutip jumlah bayaran yang meningkat secara drastik.
Lelaki parah dipercayai terkena bom buatan ah long
Seorang lelaki mengalami kecederaan parah di kedua belah kaki akibat terkena bom buatan sendiri dipercayai dipasang oleh ah long.
Ibu lapor 'Ah Long' kurung anak
Seorang ibu melaporkan kepada polis di sini hari ini bahawa anaknya dikurung sekumpulan "Ah Long' di Alor Setar, Kedah.