Polis tahan empat lelaki halang siasatan kes dera kanak-kanak di Kota Kinabalu

Polis sebelum itu menerima laporan kes penderaan yang dipercayai berlaku di sebuah premis perniagaan melibatkan sekumpulan pelajar sebuah madrasah dan seorang lelaki dewasa. - Gambar fail/ Media sosial
KOTA KINABALU: Polis menahan empat lelaki tempatan berusia 30 hingga 50-an kerana cuba menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas menyiasat kes penderaan kanak-kanak di Telipok di sini semalam.
Ringkasan AI
- Polis menahan empat lelaki tempatan berusia 30 hingga 50-an di Telipok kerana cuba menghalang penjawat awam menyiasat kes penderaan kanak-kanak.
- Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu menyatakan polis merampas sebatang besi daripada kumpulan lelaki tersebut semasa kejadian.
- Tindakan menghalang penjawat awam dan mengganggu tugas polis dilakukan semasa pegawai sedang menangkap suspek bagi siasatan kecederaan dan penderaan kanak-kanak.
Kasim berkata bertindak atas maklumat yang diterima, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan semalam bagi membantu siasatan kes kecederaan dan penderaan kanak-kanak.
"Bagaimanapun, ketika sepasukan pegawai polis sedang menjalankan tugas menangkap suspek bagi membantu siasatan semalam, beberapa individu telah bertindak menghalang kenderaan polis.
"Mereka juga mengeluarkan kata-kata kesat, cuba membuka pintu kenderaan serta menendang dan memukul kenderaan sehingga menjejaskan tugas polis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


