awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan empat lelaki, rampas rokok pelbagai jenama tidak bercukai

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/11/2021
08:42 MYT
Polis tahan empat lelaki, rampas rokok pelbagai jenama tidak bercukai
Menurut Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad, nilai rokok pelbagai jenama yang dirampas beserta empat buah van ialah sebanyak RM482,000.
BUKIT MERTAJAM: Polis merampas 1.7 juta batang rokok pelbagai jenama disyaki tidak bercukai dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Bukit Mertajam dan Butterworth semalam.
Dalam operasi bermula pukul 7.50 pagi itu, empat lelaki warga tempat turut ditahan untuk siasatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah premis kosong yang terletak di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam.
"Dalam serbuan itu, tiga lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan dan polis turut menjumpai pelbagai jenama rokok disyaki tidak bercukai yang disimpan di dalam premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan penemuan itu, polis menyerbu beberapa premis lain di sekitar Bukit Mertajam dan Butterworth dan merampas sejumlah rokok pelbagai jenama.
Turut ditahan seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an ditahan.
Hasil semua serbuan tersebut polis turut merampas empat buah van dan rokok pelbagai jenama membabitkan nilai RM482,000.
“Hasil siasatan awal mendapati, premis-premis tersebut telah dijadikan gudang penyimpanan rokok tidak bercukai sebelum dijual kepada pelanggan mengikut permintaan di sekitar Pulau Pinang" katanya.
Pemeriksaan lanjut mendapati, dua daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.
Menurut Shafee, kesemua suspek dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Topic Berkaitan
#polis tahan empat lelaki
#rampas rokok pelbagai jenama
#Bukit Mertajam
#Butterworth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan