awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan enam individu terlibat kes pecah rumah di Baling

Bernama
Bernama
13/03/2023
07:04 MYT
Polis tahan enam individu terlibat kes pecah rumah di Baling
Penahanan semua suspek yang berumur dalam lingkungan 23 hingga 56 tahun itu sekali gus berjaya menyelesaikan 19 kes pecah rumah, kedai dan sekolah di daerah Baling dengan kerugian dianggarkan mencecah RM150,000. -Gambar fail/Bernama
BALING: Polis menahan sekumpulan individu terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita yang dipercayai aktif melakukan jenayah pecah rumah dan premis di sekitar daerah ini menerusi tiga serbuan yang dijalankan di Pulai dan Bongor dekat sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata penahanan semua suspek yang berumur dalam lingkungan 23 hingga 56 tahun itu sekali gus berjaya menyelesaikan 19 kes pecah rumah, kedai dan sekolah di daerah Baling dengan kerugian dianggarkan mencecah RM150,000.
"Pada 27 Feb lepas, satu aduan diterima berhubung kejadian pecah sekolah rendah di kawasan Kupang, menyebabkan pihak sekolah kehilangan wang hasil jualan buku yang disimpan di dalam pejabat sekolah tersebut.
"Susulan laporan yang dibuat oleh pengawal keselamatan sekolah terbabit, kita melancarkan Op Pintu Khas antara 28 Februari hingga 1 Mac lepas dan berjaya menahan kesemua suspek dalam tiga serbuan berasingan serta merampas beberapa barang kes," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Menurutnya, kesemua suspek ialah warga tempatan dan empat suspek lelaki itu mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Mengulas lanjut, Shamsudin berkata kesemua suspek lelaki itu juga mengaku terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di daerah Baling, Kuala Muda dan Sik sejak awal tahun lepas.
Katanya, dua suspek perempuan yang ditahan pula berperanan sebagai tukang menjual barang kemas yang dicuri ke kedai emas di sekitar Kuala Ketil, Baling, Sungai Petani dan Sik serta Pengkalan Hulu di Perak.
Beliau berkata antara barang yang dirampas susulan tangkapan kumpulan terbabit ialah 13 ketul emas hasil daripada barang kemas yang telah dilebur, dua bentuk cincin emas, dua utas rantai tangan emas, satu utas rantai leher emas dan beberapa barangan lain.
"Kesemua suspek direman hingga esok untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan," katanya.
Tambah beliau, siasatan turut dijalankan terhadap pemilik kedai emas dan kedai pajak gadai yang disyaki bertindak membeli barang kemas yang dicuri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pecah rumah di Baling
#empat lelaki dan dua wanita
#Pulai dan Bongor
#Op Pintu Khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan