awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan enam lelaki warga Bangladesh di Muar, tumpas sindiket 'Along'

Bernama
Bernama
08/11/2024
07:30 MYT
Polis tahan enam lelaki warga Bangladesh di Muar, tumpas sindiket 'Along'
Kesemua suspek warga Bangladesh yang berusia 26 hingga 40 tahun itu ditahan oleh petugas bahagian siasatan jenayah komersial Ibu Pejabat Polis Daerah pada Rabu. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menahan enam lelaki warga asing di sekitar daerah Muar dua hari lepas, yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa tanpa lesen.
Ketua Polis Daerah Muar Raiz Mukhliz Aznan Aziz berkata kesemua suspek warga Bangladesh yang berusia 26 hingga 40 tahun itu ditahan oleh petugas bahagian siasatan jenayah komersial Ibu Pejabat Polis Daerah pada kira-kira pukul 4.30 petang.
Beliau berkata pihaknya turut merampas tujuh unit telefon bimbit pelbagai jenama, lima beg silang pelbagai jenis, 187 keping kad ATM serta wang tunai RM176,250 yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan 'Along' oleh suspek.
"Siasatan mendapati suspek menyasarkan pekerja warga Bangladesh di daerah ini dengan mengenakan kadar faedah tertentu, dan mereka turut menahan kad ATM milik peminjam, sehingga pinjaman dilunaskan.
"Kesemua suspek direman hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis muar
#tahan warga Bangladesh
#pemberi pinjaman wang tanpa tanpa lesen
#along
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan