NATIONAL
Polis tahan jurujual aksesori telefon bimbit bersama dadah RM400,428

Razlam menunjukkan dadah jenis MDMA, ketamin dan pil erimin 5 selepas berjaya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun dalam dua serbuan di sekitar George Town. - Bernama
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang jurujual aksesori telefon bimbit yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM400,428 dalam serbuan di daerah Timur Laut, di sini Jumaat lepas.
Ringkasan AI
- Seorang jurujual aksesori telefon bimbit ditahan oleh polis di Timur Laut, disyaki terlibat dalam pengedaran dadah. Dalam serbuan itu, polis merampas dadah MDMA dan ketamin bernilai RM400,428.
- Berdasarkan siasatan, lelaki itu mendapatkan bekalan dadah daripada sindiket lain sebelum dijual semula kepada pelanggan di sekitar daerah Timur Laut. Dia menjalankan aktiviti ini seorang diri dan mampu mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit setiap bulan sejak April lalu.
- Lelaki itu didapati positif dadah dalam ujian air kencing, mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, dan kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Polis turut menyita kereta bernilai RM75,000 yang didakwa dibeli dengan hasil kegiatan dadah.
"Dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah jenis ketamin sebanyak 10.94g bernilai RM2,188 dan dua biji pil eramin 5 (RM40), kesemua dadah dirampas di rumah yang disewa lelaki tersebut yang dijadikan tempat menyimpan bahan terlarang bernilai RM400,428 itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang di sini hari ini.
Berdasarkan siasatan, beliau berkata lelaki itu mendapatkan bekalan dadah daripada rangkaian sindiket lain sebelum membungkus semula dalam bungkusan lebih kecil dan dijual kepada pelanggannya di sekitar daerah Timur Laut.
Razlam berkata siasatan juga mendapati lelaki itu yang menjalankan kegiatan tersebut secara sendirian sejak April lepas mampu mengaut keuntungan sehingga puluhan ribu ringgit setiap bulan.
Beliau berkata semua dadah MDMA yang telah siap diproses itu dijual antara RM100 hingga RM200 bagi setiap bungkusan dan pembeli hanya perlu mencampur dengan minuman lain untuk menikmatinya.
Dadah jenis MDMA ini paling popular di pusat-pusat hiburan dan boleh menyebabkan pengambilnya tidak tidur selama 48 jam.
Polis turut menyita sebuah kereta Honda City bernilai RM75,000 dan ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah selain mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
Lelaki itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami