MALAYSIA

Polis tahan jurulatih bola sepak disyaki liwat, cabul remaja lelaki 15 tahun di Kota Tinggi

Bernama 13/01/2026 | 07:46 MYT
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusuf Othman berkata laporan dibuat sendiri oleh mangsa yang berusia 15 tahun, sehari selepas kejadian.
KOTA TINGGI: Polis menahan seorang jurulatih bola sepak kerana disyaki meliwat dan mencabul seorang remaja lelaki di sebuah pondok di hadapan kediamannya di Kampung Gembut, Tanjung Sedili di sini, Khamis lepas.


Ringkasan AI
  • Seorang jurulatih bola sepak ditahan polis di Tanjung Sedili kerana disyaki meliwat dan mencabul remaja lelaki berusia 15 tahun di pondok berdekatan kediamannya.
  • Ketua Polis Daerah Kota Tinggi menyatakan laporan dibuat oleh mangsa sehari selepas kejadian, suspek ditahan pada hari yang sama bagi siasatan lanjut.
  • Suspek berusia lingkungan 50-an tidak mempunyai rekod jenayah lampau; kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan suspek direman empat hari.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusuf Othman berkata laporan dibuat sendiri oleh mangsa yang berusia 15 tahun, sehari selepas kejadian.

Polis kemudiannya menahan lelaki berusia lingkungan 50-an itu semasa berada di kampung berkenaan pada hari yang sama bagi membantu siasatan.

"Mereka merupakan jiran dan kejadian ini pertama kali berlaku. Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan suspek direman empat hari hingga hari ini.

-- BERNAMA


Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan polis menahan seorang jurulatih bola sepak di Tanjung Sedili?
    A: Polis menahan jurulatih tersebut kerana disyaki meliwat dan mencabul seorang remaja lelaki di sebuah pondok di hadapan kediamannya.
  • Q: Berapakah umur remaja lelaki yang menjadi mangsa dalam kes ini?
    A: Mangsa yang melaporkan kejadian tersebut berusia 15 tahun.
  • Q: Apa tindakan yang diambil oleh pihak polis setelah menerima laporan daripada mangsa?
    A: Polis menahan lelaki berusia lingkungan 50-an tersebut semasa berada di kampung berkenaan pada hari yang sama bagi membantu siasatan.
  • Q: Apakah kesan tindakan polis terhadap suspek setelah siasatan?
    A: Suspek telah direman selama empat hari di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan selepas satu kertas siasatan dibuka.
  • Q: Adakah suspek mempunyai sebarang rekod jenayah lampau sebelum ini?
    A: Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau sebelum kejadian ini berlaku.



#liwat #Jurulatih Bola Sepak #Tanjung Sedili #cabul remaja lelaki