awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit

Bernama
Bernama
21/09/2023
13:05 MYT
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN. - Facebook Sarawak Aritok 2
SIBU: Polis Marin Wilayah Lima menahan sebuah kapal kargo yang disyaki membawa muatan 40,000 liter minyak diesel bernilai kira-kira RM160,000 tanpa kebenaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kapal tersebut ditahan dalam Op Taring Pensura ketika ia sedang merapati sebuah pontun di Rantau Panjang, di sini.
"Turut ditahan empat kru kapal berkenaan iaitu seorang lelaki tempatan dan tiga lelaki dari Indonesia dan Myanmar berumur lingkungan 26 hingga 44 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN untuk membawa bahan bakar berkenaan.
Katanya muatan diesel serta kapal dan peralatanya yang keseluruhan dianggarkan bernilai lebih RM1 juta dirampas dan kes diserahkan kepada pihak KPDN Bahagian Sibu untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis marin
#diesel
#kpdn
#permit
#Rantau Panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan