Polis tahan lapan individu terlibat kes tembak mati ejen hartanah wanita

Bernama
Julai 20, 2016 02:38 MYT
Pada 6 Julai lepas, seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun maut selepas kenderaan dinaiki ditembak. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan individu yang disyaki terlibat dalam kes seorang ejen hartanah wanita yang maut ditembak di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG, di sini, 6 Julai lepas.
Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman rasmi Twitter beliau hari ini.
Beliau berkata kesemua suspek ditahan semalam di sekitar Kuala Lumpur dan Perak.
Khalid berkata kejayaan tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.
"Syabas STAFOC dan JSJ KL @PDRMsia selesaikan kes tembak wanita dan anak di OUG, tangkap lapan orang di Kuala Lumpur dan Perak, rampas pistol semalam #GoPDRMGo," kata Khalid.

Syabas STAFFOC dan JSJ KL @PDRMsia selesaikan kes tembak wanita dan anak di OUG, tkap 8 org di KL dan Perak, rampas pistol semlm. #GoPDRMGo

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 19, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada 6 Julai lepas, seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun maut di tempat kejadian manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditembak dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang.
#Ketua Polis Negara #Khalid Abu Bakar #wanita ditembak mati di hadapan anaknya sendiri di Taman OUG dekat Bukit Jalil pada 2.45 petang Rabu