MALAYSIA
Polis tahan lapan warga China, terlibat sindiket penipuan pelaburan dalam talian
Polis menahan lapan orang termasuk dua wanita warganegara China yang disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan dalam talian di sebuah hotel di Bera, semalam. - Foto hiasan
KUANTAN: Polis menahan lapan orang termasuk dua wanita warganegara China yang disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan dalam talian di sebuah hotel di Bera, semalam.
Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata hasil serbuan pada 2.15 petang itu membawa kepada tangkapan enam lelaki dan dua wanita berumur antara 28 hingga 39 tahun yang disyaki terlibat sebagai operator pusat panggilan sejak Oktober lepas.
"Siasatan awal mendapati sindiket ini beroperasi menggunakan aplikasi Telegram untuk mendapat maklumat mangsa dan memperdaya mangsa dalam skim pelaburan yang menyasarkan warganegara China," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut merampas dua komputer riba dan 19 telefon bimbit.
Zulkiflee berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan 120B Kanun Keseksaan serta kesemua mereka akan direman hingga Isnin depan.
Sementara itu, beliau turut menasihati masyarakat supaya sentiasa peka dengan modus operandi penipuan dan segera berhubung dengan pihak polis jika mengesan sebarang aktiviti penipuan atau jenayah lain.
-- BERNAMA