MALAYSIA
Polis tahan lelaki bakar lori tunda MBJB

Seorang lelaki bertindak membakar lori tunda MBJB. - Tangkap layar video tular/Ihsan pembaca
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes khianat dengan api melibatkan sebuah lori tunda milik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di depoh simpanan kenderaan, Lot 1 Johor Bahru Waterfront pada Jumaat lepas.
Ringkasan AI
- Polis menahan suspek pada hari kejadian jam 1.06 tengah hari dan merampas barang kes seperti tong aluminium dan pemetik api.
- Suspek direman lima hari untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun.
- Suspek direman lima hari untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun.
"Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek pada hari sama pukul 1.06 tengah hari dan merampas beberapa barang kes termasuk sebuah tong aluminium serta pemetik api," katanya dalam kenyataan hari ini.
Raub berkata semakan rekod lampau mendapati suspek pernah terlibat dalam kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, namun saringan air kencing yang dilakukan didapati negatif.
Beliau berkata suspek kini direman selama lima hari bermula semalam hingga 19 Ogos bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tular satu hantaran video berdurasi satu minit 39 saat di laman sosial Facebook memaparkan seorang lelaki menghampiri lori tunda milik MBJB dan menuang dipercayai minyak petrol sebelum menyalakan api.
Turut kelihatan dalam video berkenaan dua individu bertindak membantu memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami