MALAYSIA
Polis tahan lelaki ceroboh landasan LRT Masjid Jamek
Lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan selepas dia dikesan Pusat Kawalan Bersepadu (ICC) sedang melintas dari Platform 2 ke Platform 1 melalui landasan, semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki disyaki warganegara asing kerana menceroboh landasan Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek laluan Ampang di sini, pagi semalam.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan selepas dia dikesan Pusat Kawalan Bersepadu (ICC) sedang melintas dari Platform 2 ke Platform 1 melalui landasan, pada 10.11 pagi.
"Pengadu yang merupakan anggota polis bantuan Prasarana telah menerima maklumat daripada pusat kawalan dan segera ke lokasi sebelum berjaya menahan suspek terbabit yang kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sulizmie berkata, suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, dan mengaku menceroboh landasan sebagai jalan pintas ke tempat kerja.
"Satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dibuat hari ini untuk tujuan siasatan," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melanggar undang-undang atau menceroboh kawasan larangan yang boleh membahayakan diri sendiri serta orang lain.
"Sebarang maklumat perlanggaran undang-undang boleh disalurkan terus kepada Hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03-21460522 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang lelaki disyaki warga asing ditahan kerana menceroboh landasan LRT Masjid Jamek laluan Ampang, dipercayai sebagai jalan pintas ke tempat kerja tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, dengan permohonan reman dibuat untuk siasatan lanjut.
- Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menceroboh kawasan larangan dan menggalakkan penyaluran maklumat melalui talian hotline IPK Kuala Lumpur atau IPD Dang Wangi.