Skip to main content

Malaysia

Polis tahan lelaki disyaki buat hantaran berunsur hasutan

KERTEH, 22 Sept -- Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Razi Rosli. fotaBERNAMA
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Rosli berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu lepas. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

CHUKAI: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung hantaran berunsur hasutan dan penghinaan terhadap institusi raja, kerajaan Malaysia dan agensi keselamatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Rosli berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu lepas.

Beliau berkata pihak polis turut merampas telefon bimbit dan dua kad SIM yang dipercayai digunakan dalam kes itu bagi tujuan siasatan.

“Barang-barang kes telah diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk analisis forensik digital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Razi berkata lelaki itu direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Pada 15 Ogos lepas, media melaporkan pihak polis sedang menyiasat pemilik akaun Facebook “Ahmad Mu’min” berhubung hantarannya yang mempunyai unsur hasutan dan penghinaan terhadap institusi raja, kerajaan Malaysia dan agensi berkenaan. 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement