SHAH ALAM: Polis Selangor menahan seorang lelaki tempatan semalam dipercayai memuat naik rakaman video di akaun Instagramnya yang memaparkan ketidakpuasan hati terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkaitan proses pemilihan Perdana Menteri ke-10.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, suspek ditahan, selepas pihaknya bertindak atas satu laporan polis dibuat seorang individu warga tempatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada 10.52 malam Isnin lepas berkaitan rakaman video berdurasi 15 saat, yang dipercayai dimuat naik oleh suspek.
"Hasil penelitian mendapati, video tersebut menyatakan ketidakpuasan hati pemilik akaun Instagram terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam proses pemilihan Perdana Menteri.
"Video itu turut melabelkan salah satu kaum di negara ini sebagai korupsi serta menghasut orang ramai untuk membuat demonstrasi bagi membantah kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam pemilihan calon Perdana Menteri," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Arjunaidi berkata, berdasarkan hasil risikan dan maklumat yang diterima, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah menyerbu sebuah rumah di sekitar Kajang pada 10.30 malam, semalam.
"Menerusi serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang dipercayai merupakan pemilik akaun Instagram dan kita telah mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari mulai hari ini hingga 25 Nov terhadap suspek daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Arjunaidi turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang dan menghayati serta menghormati prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
"Kita turut menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati cuba mengganggu gugat ketenteraman dan keselamatan negara. Mereka yang didapati berbuat demikian akan diambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 23 2022
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, hasil penelitian mendapati, video tersebut menyatakan ketidakpuasan hati pemilik akaun Instagram terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam proses pemilihan Perdana Menteri. - Gambar fail BERNAMA
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes buang kucing dalam sungai
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong.
Polis tahan lelaki disyaki hina institusi raja
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menghina institusi diraja di laman sosial Facebook.
Polis tahan lelaki disyaki papar ketidakpuasan hati terhadap Agong
Video tersebut menyatakan ketidakpuasan hati pemilik akaun Instagram terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam proses pemilihan PM.
Polis nafi tahan lelaki di masjid kerana tidak patuh SOP PKP
Polis menafikan telah menahan seorang lelaki di sebuah masjid di Gelugor di sini kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).