MALAYSIA
Polis tahan lelaki khianat kereta di George Town
Suspek ditahan di Persiaran Karpal Singh dan direman sehari. Polis turut merampas kereta dan rotan yang digunakan dalam kejadian. -Gambar hiasan/Adobe Stock Image
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian khianat ke atas kereta dengan menggunakan sebatang rotan di Jalan Lebuh Pantai di sini yang videonya turut tular di media sosial.
Ringkasan AI
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata lelaki tempatan berusia 37 tahun itu ditahan di tepi jalan Persiaran Karpal Singh di sini pada 10.15 malam tadi.
"Polis berjaya menyelesaikan kes itu dalam masa singkat selepas menahan lelaki tersebut dan turut dirampas kereta serta sebatang rotan yang digunakan suspek ketika kejadian itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lelaki itu direman sehari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat).
Semalam media melaporkan seorang lelaki membuat laporan polis kereta dipandunya telah dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki suspek, dalam kejadian di Jalan Lebuh Pantai pada 4 petang, Jumaat lepas.
Suspek telah keluar dari kereta dan mengambil dipercayai batang besi lalu memukul bahagian pintu belakang kenderaan mangsa dan akibat perbuatan itu, pengadu kerugian hampir RM3,000 atas kerosakan pada kereta.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan kerana disyaki melakukan khianat terhadap sebuah kereta menggunakan sebatang rotan di Jalan Lebuh Pantai, Pulau Pinang.
- Suspek ditahan di Persiaran Karpal Singh dan direman sehari; polis turut merampas kereta dan rotan yang digunakan dalam kejadian.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan selepas mangsa mengalami kerugian hampir RM3,000 akibat kerosakan pada kenderaan.