[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

Polis tahan lelaki lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak di Pantai Irama

Bernama 12/09/2025 | 15:30 MYT
Mohd Azrie berkata kejadian berlaku 6.20 petang dan suspek yang semasa itu berpakaian kostum kartun dilaporkan memeluk, mencium dan menyentuh mangsa. - Gambar hiasan/Adobe Stock
KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan enam tahun di kawasan taman permainan Pantai Irama, Bachok semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok DSP Mohd Azrie Sulaiman berkata kejadian berlaku 6.20 petang dan suspek yang semasa itu berpakaian kostum kartun dilaporkan memeluk, mencium dan menyentuh mangsa.

Perbuatan itu juga dirakam seorang orang awam di lokasi.

"Mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan dan disahkan tidak mengalami kecederaan fizikal.

"Ujian saringan awal mendapati suspek positif methamphetamine dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azrie berkata suspek direman sehingga 18 Sept bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau mengingatkan orang ramai sentiasa memantau pergerakan anak di kawasan awam dan segera menyalurkan maklumat jika terlihat perbuatan mencurigakan.

-- BERNAMA




#amang seksual #rekod jenayah lampau #ujian saringan #kecederan fizikal