MALAYSIA
Polis tahan lelaki pandu kenderaan secara melulu di Sibu
Polis menahan seorang lelaki kerana memandu kereta secara melulu sehingga merempuh motosikal dan beberapa buah kenderaan lain berhampiran sebuah sekolah di Jalan Oya hari ini. - Foto hiasan/BERNAMA
SIBU: Polis menahan seorang lelaki kerana memandu kereta secara melulu sehingga merempuh motosikal dan beberapa buah kenderaan lain berhampiran sebuah sekolah di Jalan Oya di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata saringan awal mendapati lelaki dalam lingkungan 20-an itu positif dadah amphetamine.
"Kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Elizabeth melibatkan sebuah kereta melanggar sebuah motosikal sehingga menyebabkan penunggangnya terjatuh.
"Selepas kejadian itu, pemandu kereta telah melarikan diri dan turut melanggar beberapa kenderaan lain di situ," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulkipli berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kejadian itu tular di media sosial menerusi video berdurasi 1 minit 29 saat.
-- BERNAMA