awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki samun pekerja hotel

Bernama
Bernama
22/10/2024
12:41 MYT
Polis tahan lelaki samun pekerja hotel
Suspek yang berusia 24 tahun dan bersenjatakan parang itu, telah melarikan wang tunai berjumlah RM6,600 daripada mangsa.
KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah hotel di daerah itu sekitar 11 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata sebelum itu pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian samun terhadap pekerja hotel pada 4.20 pagi tadi.
Beliau berkata suspek yang berusia 24 tahun dan bersenjatakan parang itu, telah melarikan wang tunai berjumlah RM6,600 daripada mangsa.
"Hasil risikan dijalankan berjaya menahan lelaki tersebut di daerah Marang. Semasa tangkapan polis turut merampas sebuah motosikal, topi keledar dan parang yang dipercayai digunakan untuk menyamun.
"Selain itu polis turut menemukan wang tunai berjumlah RM5,180 serta resit deposit wang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata tangkapan dalam tempoh 24 jam itu juga membolehkan polis menyelesaikan satu kes kecurian wang di hotel yang sama, sebulan lepas.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukum penjara selama 14 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#samun
#senjata parang
#polis
#pekerja hotel disamun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan