MALAYSIA
Polis tahan lelaki sebar video manipulasi fakta kematian Zara Qairina
Semakan awal polis mendapati hantaran video berdurasi 2.06 minit itu mengandungi kenyataan tidak benar dengan menyifatkan kematian Zara Qairina (foto) pada 17 Julai lalu sebagai pembunuhan terancang. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun berhubung penularan hantaran video di TikTok dengan fakta tidak benar mengenai kematian pelajar Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Ringkasan AI
PDRM mengesan hantaran video tersebut pada 15 Ogos lalu di akaun TikTok @berjuanguntukzara bertajuk “Pendedahan Penemuan Bukti Bedah Siasat Zara” yang boleh diakses secara terbuka.
Semakan awal polis mendapati hantaran video berdurasi 2.06 minit itu mengandungi kenyataan tidak benar dengan menyifatkan kematian pelajar Tingkatan 1 pada 17 Julai lalu sebagai pembunuhan terancang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar berkata, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan dalam kes itu.
Lelaki terbabit direman tiga hari hingga 21 Ogos dan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam kenyataan sama, M. Kumar berkata keputusan mengadakan inkues terhadap kes kematian Zara Qairina telah dimuktamadkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 13 Ogos.
Beliau turut memberi amaran agar orang ramai tidak menyebarkan khabar angin bagi mengelak spekulasi yang boleh menyebabkan kegusaran awam.
“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja menyebarkan khabar angin atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam atau mengganggu prosiding mahkamah.
“PDRM menyeru agar semua pihak memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan profesional serta mengelakkan daripada membuat spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” katanya.
Masyarakat juga diingatkan agar tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang diakses di media sosial tanpa menentusahkan kesahihanya terlebih dahulu, terutama berkaitan isu keselamatan, keharmonian, dan perpaduan negara.
Ringkasan AI
- PDRM menahan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun kerana menyebarkan video di TikTok dengan fakta tidak benar mengenai kematian Zara Qairina Mahathir.
- Video berdurasi 2.06 minit itu mendakwa kematian pelajar tersebut sebagai pembunuhan terancang; suspek direman dan disiasat di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.
- PDRM memberi amaran agar tidak menyebarkan khabar angin atau spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan menyeru masyarakat menentusahkan maklumat sebelum mempercayainya.