awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki terlibat kes buli jalan raya

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
06/03/2020
14:43 MYT
Polis tahan lelaki terlibat kes buli jalan raya
Terdahulu, tular video di media sosial tindakan seorang lelaki yang meludah serta menumbuk kereta pengadu. - Foto ihsan media sosial/Twitter/Adlina
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam satu kejadian buli jalan raya di Jalan Teknologi Seksyen 6 Kota Damansara, Selangor, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan di Kota Damansara pada pukul 7 malam.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan suspek akan direman pada Sabtu," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Terdahulu pihaknya menerima laporan daripada pengadu iaitu seorang pelajar berusia 22 tahun pada jam 4.45 petang Khamis.
"Pengadu mendakwa ketika dia memandu di lokasi kejadian, telah berlaku perselisihan faham ketika hendak menukar lorong hingga menyebabkannya membunyikan hon beberapa kali
"Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat," jelasnya.
Terdahulu, tular video di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp memaparkan tindakan seorang lelaki yang meludah serta menumbuk kereta pengadu.
Pemandu lelaki terbabit juga dilihat menunjukkan isyarat lucah.
Topic Berkaitan
#buli jalan raya
#Jalan Teknologi
#Kota Damansara
#Polis Daerah Petaling Jaya
#Seksyen 427 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan