awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lima lelaki, rampas dadah lebih RM6.4 juta

Bernama
Bernama
07/09/2022
09:23 MYT
Polis tahan lima lelaki, rampas dadah lebih RM6.4 juta
Muhamad Zaki berkata kesemua lelaki berusia lingkungan 27 hingga 39 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berasingan. - Gambar/ Bernama
KOTA BHARU: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah untuk pasaran Kelantan dan Lembah Klang dengan penahanan lima lelaki serta rampasan pelbagai dadah bernilai lebih RM6.4 juta, Isnin lepas.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua lelaki berusia lingkungan 27 hingga 39 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berasingan.
"Tangkapan pertama melibatkan lelaki berusia 27 tahun di tepi jalan di Pengkalan Chepa dan pemeriksaan menemukan 17 bungkusan berisi pil yaba serta Erimin 5 di dalam kereta Perodua Viva dipandunya.
"Susulan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Pasir Jelatang, Kubang Kerian dan menemukan 100 bungkusan pil yaba dan 80 bungkusan daun ganja," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Muhamad Zaki berkata hasil siasatan lanjut, polis menahan empat lagi lelaki dalam serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini dan Seri Kembangan, Selangor.
"Jumlah keseluruhan rampasan ialah 624,000 pil yaba, 400 pil Eramin 5 dan 78,810 gram ganja bernilai lebih RM6.4 juta. Dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 703,210 penagih.
"Polis turut menyita empat kereta, sebuah motosikal, seutas jam tangan dan wang tunai yang kesemuanya bernilai RM260,344," katanya.
Beliau berkata semua lelaki itu direman hingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serbuan dadah
#Kelantan
#Zaki Harun
#sindiket pengedaran dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan