Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
MALAYSIA

Polis tahan lima remaja tunggang motosikal halang ambulans

Bernama 28/10/2025 | 13:10 MYT
Polis menahan lima remaja lelaki kerana menunggang motosikal secara berbahaya dan menghalang laluan sebuah ambulans di KM 249 Lebuhraya PLUS arah selatan, dekat Kuala Kangsar, yang tular di media sosial baru-baru ini. - Foto tular/Sinar Harian
IPOH: Polis menahan lima remaja lelaki kerana menunggang motosikal secara berbahaya dan menghalang laluan sebuah ambulans di KM 249 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Kuala Kangsar, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata kejadian berlaku pada 3.15 petang 19 Okt semasa ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dalam perjalanan ke lokasi kemalangan di KM 260 lebuh raya itu.

"Pasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perak menahan lima suspek berusia 17 tahun dengan motosikal digunakan di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 3 petang semalam hingga 9 malam tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisam berkata lima remaja itu direman dua hari bermula hari ini, dengan perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Kuala Kangsar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Noor Hisam menyeru masyarakat supaya lebih prihatin dan menyalurkan maklumat kejadian melanggar undang-undang supaya tindakan diambil untuk dijadikan pengajaran serta menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

-- BERNAMA



#polis perak #polis tahan lima remaja #motosikal #halang ambulans