KANGAR: Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki yang ditanam di belakang rumah jiran majikannya, di Taman Mutiara di sini pada 30 Dis lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar Supt Baeyah Abdul Wahab berkata tangkapan ke atas wanita berusia 28 tahun itu, dibuat dalam serbuan di rumah majikannya pada pukul 2.20 petang 30 Dis selepas menerima laporan orang awam berkaitan penemuan satu mayat bayi lelaki di kawasan belakang rumah itu pada pukul 11.01 pagi, hari sama.
"Siasatan awal mendapati, bayi lelaki yang ditemukan tertanam pada kedalaman lima inci dan kawasan tersebut juga merupakan tempat terbuka dan tidak berpagar.
"Bayi ditemukan dengan masih bertali pusat dan beruri dengan dibalut kain berwarna putih. Bayi lelaki ini ditanam di belakang rumah jiran sebelah rumah majikannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Baeyah berkata hasil soal siasat yang dijalankan, wanita itu dipercayai telah menanam bayi lelaki tersebut selepas mendapati bayi itu tidak lagi bernyawa selepas melahirkannya secara berseorangan dalam rumah majikannya itu.
"Suspek melahirkan bayi ini pada 20 Dis lepas, waktu tengah hari, dan kemudian 21 Dis dia menanam bayi ini dalam pukul 6.30 pagi, dan hasil siasatan kita mendapati sewaktu kejadian majikannya yang merupakan pasangan suami isteri berniaga, berada di luar Kangar, ke Kuala Lumpur," katanya.
Baeyah berkata siasatan awal mendapati majikannya tidak menyedari wanita itu mengandung, kerana perutnya tidak menampakkan seperti wanita mengandung dan suspek itu datang bekerja di Malaysia pada Mei tahun lepas.
Beliau berkata suspek itu direman hingga 5 Jan nanti yang bermula 31 Dis lepas dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit iaitu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Baeyah berkata mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah untuk proses bedah siasat dan tiada sebarang kecederaan luaran ditemukan, manakala bahagian organ dalaman pula mengalami kesan pereputan teruk.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki yang ditanam di belakang rumah jiran majikannya, di Taman Mutiara pada 30 Dis lepas.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Polis tahan dua penganggur cuba seludup minyak masak, gula ke Thailand
Polis menahan dua lelaki bersama minyak masak dan gula yang cuba diseludup ke negara jiran Thailand, semalam.
Polis tahan dua warga Pakistan terlibat kes samun, rogol
Polis menahan dua lelaki warga Pakistan yang disyaki terlibat dengan jenayah samun dan rogol di sekitar jejantas stesen KTM Serdang.
Polis tahan pengasuh disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan seorang wanita pada Khamis selepas disyaki terbabit dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, di Jalan Ampang Indah.
Polis tahan 22 individu disyaki menagih, mengedar dadah
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata kesemua yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 54 tahun.
Polis tahan pembantu rumah Indonesia bantu siasatan penemuan mayat bayi lelaki
Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki yang ditanam di belakang rumah jiran majikannya, di Taman Mutiara pada 30 Dis lepas.
Polis tahan dua lelaki tempatan cuba seludup keluar 241 warga asing
Polis menahan dua lelaki tempatan dan 241 pendatang tanpa izin dalam serbuan di Bagan Datuk, awal pagi tadi.
Enam warga asing ditahan terlibat dalam kegiatan pelacuran
Polis menahan enam warga asing termasuk tiga wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran menerusi serbuan di sebuah premis di Jalan Pudu petang semalam.
Polis tahan seorang lelaki seludup arak lebih RM700,000 di Muar
Seorang lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai melibatkan rampasan bernilai RM737,295.54.
Gagal tunjuk dokumen sah, polis tahan 106 warga asing
Polis menahan 106 warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah, ketika diperiksa dalam satu operasi di sebuah pasar borong hari ini.
Polis tahan suami isteri, rampas 8.5kg syabu di Changlun
Polis menahan sepasang suami isteri serta merampas dadah jenis syabu seberat lebih 8.5 kilogram (kg) yang dianggar bernilai RM297,500 di Changlun.