awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan penceramah bebas, disyaki muat naik hantaran berunsur hasutan - KPN

Bernama
Bernama
27/03/2025
14:14 MYT
Polis tahan penceramah bebas, disyaki muat naik hantaran berunsur hasutan - KPN
Razarudin berkata individu yang berumur 41 tahun itu ditahan di Taman Melati Indah, Beseri, Kangar, Perlis dan dibawa ke IPD Padang Besar untuk direman di Mahkamah Kangar esok. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Seorang penceramah bebas ditahan polis hari ini susulan satu hantaran di Facebook yang didakwa mengandungi unsur hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata individu yang berumur 41 tahun itu ditahan di Taman Melati Indah, Beseri, Kangar, Perlis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk direman di Mahkamah Kangar esok.
Beliau berkata penceramah bebas itu ditahan berikutan laporan polis yang diterima semalam di IPD Dang Wangi mengenai hantaran yang dibuat penceramah itu berhubung penempatan semula tapak baharu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman.
"Pengadu mendapati komen yang dibuat di media sosial mengenai hasil rundingan berkenaan penempatan semula tapak baru kuil tersebut.
"Pengadu meminta polis menyiasat penceramah bebas itu di atas komen yang mengandungi unsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata ketika soal siasat dijalankan ke atas individu itu, sebanyak 24 soalan telah ditanya dan orang yang disyaki (OYDS) menjawab semua soalan yang dikemukakan.
"Polis merampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mengumumkan tapak baharu kuil berkenaan yang berkeluasan 4,000 kaki persegi terletak kira-kira 50 meter dari lokasi asalnya.
Khamis lepas, media melaporkan proses perbincangan mengenai pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak di atas tanah milik Jakel Group berjalan dengan harmoni antara pihak syarikat, pengurusan kuil dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#akta hasutan
#media sosial
#KPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan