MALAYSIA

Polis tahan penganggur disyaki pukul, cabul kanak-kanak perempuan

Bernama 30/01/2026 | 11:30 MYT
Gambar kiri: Suspek yang ditahan orang ramai. Gambar kanan: Antara kecederaan dialami mangsa. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun di Bukit Sentosa, Rawang dekat sini kerana disyaki memukul dan mencabul kanak-kanak perempuan sembilan tahun, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ibrahim Husin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8 malam dan kejadian berlaku semasa mangsa hendak ke pasar malam bersama-sama abang serta kakaknya.

"Suspek didakwa menarik mangsa masuk ke rumahnya serta bertindak memukul dan menendang mangsa sehingga cedera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek yang tidak bekerja juga didapati positif dadah.

Suspek kini direman sehingga Isnin depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

-- BERNAMA



#kes cabul kanak-kanak #kes pukul kanak-kanak #video tular #cabul Bukit Sentosa