awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan reman lelaki hantar surat mengecam Masjid Jamek Bahau

Bernama
Bernama
24/04/2021
05:13 MYT
Polis tahan reman lelaki hantar surat mengecam Masjid Jamek Bahau
Polis turut merampas beberapa helai kertas dan sampul surat yang disimpan di dalam kabinet dapur di rumah itu yang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes surat kecaman terhadap Masjid Jamek Bahau dan menghina Melayu.
SEREMBAN: Seorang lelaki direman empat hari hingga Selasa ini bagi membantu siasatan kes surat layang berunsur kecaman yang ditujukan kepada Masjid Jamek Bahau serta menghina orang Melayu yang kemudian ditularkan menerusi media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman ACBE di sini pada 10.10 malam tadi oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.
"Polis turut merampas beberapa helai kertas dan sampul surat yang disimpan di dalam kabinet dapur di rumah itu yang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes surat kecaman terhadap Masjid Jamek Bahau dan menghina Melayu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hoo berkata berdasarkan siasatan, lelaki itu diberhentikan kerja oleh majikannya iaitu sebuah kopitiam di Bahau, kerana masalah disiplin selain sering memarahi pelanggan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#Jempol
#surat
#Tular
#kecam
#masjid
#orang Melayu
#Hoo Chang Hook
#surat layang
#diberhentikan kerja
#majikan
#kopitiam
#bahau
#Masjid Jamek Bahau
#hina Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan