BACHOK: Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 26 hingga 39 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok pada jam 1.30 pagi.
Beliau berkata ketika ditahan untuk pemeriksaan mereka bertiga bertindak agresif malah seorang suspek cuba memegang sesuatu menyerupai pistol di bahagian brek tangan kereta dan cuba mengacunya ke arah anggota polis tetapi berjaya dihalang.
"Pemeriksaan yang dilakukan mendapati ada sepucuk pistol yang berisi enam butir peluru bersama sepasang gari serta kunci di dalam kereta.
Selepas ketiga-tiga suspek ditahan telah dilakukan pemeriksaan di dalam kenderaan dan hasilnya polis menemui pelbagai jenis dadah jenis syabu, pil kuda dan heroin di dalam kereta itu bernilai RM10,000," katanya.
Beliau berkata pada sidang media selepas Mesyuarat Ketua Polis Kelantan bersama Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah, di sini hari ini.
Katanya, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan juga menemui sebanyak 28 butir lagi peluru hidup yang disembunyikan di dalam beg.
Shafien berkata, siasatan juga mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamin dan morfin selain mempunyai antara tujuh hingga 17 rekod jenayah.
Menurutnya hasil siasatan juga mendapati kumpulan ini sudah bergiat aktif sejak tiga bulan lepas dan polis juga akan melakukan siasatan dari mana kumpulan ini memperolehi senjata api itu.
"Polis Kelantan percaya dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek ianya dapat membantu menyelesaikan satu kes samun di Gua Musang pada awal bulan lalu yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang sama.
"Kesemua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1) ADB, Seksyen 12(2) ADB, Seksyen 15(1)(a) ADB, Seksyen 89(a) Akta Polis 1967 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021

Datuk Shafien Mamat menunjukkan sepucuk pistol jenis Smith & Wesson serta gari pada sidang media selepas Mesyuarat Ketua Polis Kelantan bersama Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah, hari ini. - Bernama

Lebih 9,000 pasport yang dimohon secara dalam talian tidak dituntut
Lebih 9,000 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) telah dicetak tetapi masih tidak dituntut oleh individu yang memohon dan memperbaharui pasport berkenaan secara dalam talian.

AWANI Ringkas: KKM tidak setuju longgarkan prosedur perkhidmatan kecantikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM buka 21 kertas siasatan babit JPKK Pahang
SPRM telah membuka sebanyak 21 kertas siasatan yang melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pahang sejak 2018.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu
Siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.

Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
![AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982197/thumbnails/10997879401660222851157_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya; 1. SPRM sahkan lengkap kertas siasat individu berkaitan LCS 2. 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan anjur parti liar 3. Kalau tambat ringgit, undang risiko lebih besar, tegas Zafrul

WTCKL cadang guna media sosial dorong lebih banyak acara global
Selain itu, WTCKL turut membentangkan idea berhubung pameran perdagangan baharu RESONEX 2022 yang akan diadakan pada November ini.

'Hanya mampu genggam tangan, tak cakap apa-apa. Isteri pergi bersama kandungan'
Hasrat Muhammad Fadzli Ahmad untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila isteri, Farha Mohd Sabri dan bayi dalam kandungan meninggal dunia, Jumaat lalu.

Sindiket edar, cuci dadah lama tumpas
Sindiket pengedaran dan mencuci dadah tumpas dalam tiga serbuan berasingan di Johor Bahru, Iskandar Puteri dan Pekan Nanas oleh polis.

Operator kilang maut, motosikal bertembung lori
Seorang operator kilang maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai bertembung dengan sebuah lori di Jalan Jelawai, Proton City tengah hari tadi.

Polis siasat sekumpulan lelaki bergaduh di Perai
Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Taman Chai Leng Park, Perai, pada 7 Ogos lepas.

Polis tahan enam individu, rampas 38 kg dadah lebih RM1.3 juta
Polis menahan empat lelaki dan dua wanita selepas menemukan 38.161 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai lebih RM1.3 juta.

Geng Mamat curi peralatan ECRL ditahan
Empat suspek termasuk seorang wanita ditangkap kerana disyaki curi peralatan bernilai RM30,000 di enam tapak pembinaan.

Polis buru lelaki warga asing disyaki rogol remaja 14 tahun
Polis Johor sedang memburu seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Kluang, bulan lalu.

PM buat laporan polis akaun Telegram, Signal digodam
Akaun itu dipercayai digunakan bagi aktiviti jenayah penipuan.

PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 20 pegawai kanannya berkuat kuasa 12 Sept ini.

'Sumbat' vape di mulut bayi, seorang lelaki ditahan
Seorang lelaki yang bertindak meletakkan vape pada mulut bayi berusia 7 bulan dalam satu kejadian tular di media sosial sebelum ini, ditahan pihak polis.

Perintah berkurung perairan ESSZone dilanjutkan hingga 23 Ogos
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 23 Ogos ini.